Archive for September, 2008
Salam Eidul Fitri dari Dubai
Untuk kawan-kawan Sassians 8589, Salam Eidul Fitri dan Maaf Zahir Batin untuk semua. Harap maafkan segala yang tersalah dan tersilap yang aku lakukan selama ini. InsyaAllah, nanti kita akan jumpa lagi…
p/s: Berhati-hati di jalan raya dan pandu cermat.
2 comments September 27, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum semua…
dah 25 hari berpuasa ni maka dah dekatlah kita dengan Aidilfitri…jadi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua kawan2…jangan speeding kalau brek tak power…
rizal izuddin…
6 comments September 25, 2008
TAZKIRAH RAMADHAN: Untuk renungan bersama
By Jober
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia menggantikan puasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah: 183 – 185.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Karangkraf dengan kerjasama Alaf21 dan Karya Bestari menyediakan Risalah Ramadan untuk diedarkan secara percuma kepada umat Islam sekitar Lembah Kelang dan KL.
Ini merupakan tahun ketiga kita melakukan amal jariah ini. Mudah-mudahan setiap yang terbabit sama dalam proses ia dibukukan sehinggalah diterbitkan dan diamalkan oleh umat Islam lain akan mendapat saham di akhirat kelak dan menjadi salah satu amal jariah yang tidak putus-putus pahalanya sehinggalah ke hari kiamat.
Bersama-sama ini, saya sertakan fail “Tazkirah Ramadan” dalam bentuk PDF untuk manfaat kita bersama. Diharapkan saudara-saudari yang mendapat risalah ini dapat memperpanjangkannya kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang lain. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya di dunia dan akhirat.
Firman ALLAH S.W.T:
“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada TUHANmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya serta orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” – Surah Ali ‘Imran: 133 – 134.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi.” – Hadis sahih riwayat al-Nasaai.
Add comment September 18, 2008
Kejohanan Futsal Interbatch ASAS – 3rd November 2008
Anybody interested to join and those who willing to sponsor Jersey, Drinks, Registration di alu-alukan!
Shook
Extract from Zaki’s Email: (Presiden Rugby Club ASAS)
…………………………………………………………………………………………………………………
Assalamualaikum,
Untuk makluman semua, pihak ASAS Rugby Club akan menganjurkan Kejohanan Futsal Inter-Batch ASAS untuk kali ke-3 pada 2 November 2008 (Ahad). Dua kategori yang akan dipertandingkan , sama seperti tahun lepas iaitu under 30 and over 30. Yuran untuk setiap pasukan adalah rm 250. Kepada pasukan yang berminat, sila hantarkan particular pasukan kepada Pengarah Kejohanan iaitu Saudara Kamal Syah di email address kamalsyah.mohdsyari f@dhl.com ataupun di talian 019-3829474.
Tempat adalah terhad dan pendaftaran akan hanya berdasarkan “1st come 1 serve”.
Sekian harap maklum.
Berkhidmat untuk ASAS RC,
Mohd Zaki Bin Shahran
1 comment September 17, 2008
Walimatul Urus Zulkarnain Alwi a.k.a Wak Metal
Assalamualaikum semua,
Wak seperti yang telah dia war war kan tu akan melangsungkan perkahwinan dia pada:
Nikah : 18 Oktober 2008
Kenduri: 30 November 2008
Peta Rumah Wak : Klik pada peta untuk imej penuh.
Kehadiran kengkawan semua akan memeriahkan lagi majlis.
p.s : Ni undangan tak rasmi laa …. tunggu kad jemputan lepas ni dari Wak; kau post laa dalam blog ni.
16 comments September 12, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan
Assalamualaikum semua,
Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog yang aku set up untuk kita semua, dan dah lama jugak member-member lain tak menulis dalam blog ini atau pun tak pernah menulis dalam blog ini biar pun berjela-jela panduan telah aku berikan. Apa pun aku dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadat puasa kepada kengkawan semua . Tak kira di mana berada , teringat juga aku suasana bising “Sahhhuuurrrrrrr………………sahhhhurrrrrrr……………… “ setiap kali bulan puasa semasa di SAS dulu. Sekarang ni bangun sahur tu lain laaa…tak de laaa melalak lagi …. Dulu aku dan geng mamak komite makanan akan bertungkus lumus menyediakan moreh selepas solat terawih … mengejar waktu masa tu agar pasukan yang kelaparan selepas solat 20 rakaat dapat makan terus dan tak menunggu … macam ada pertandingan laaa pulak dewan makan mana yang siap dulu …… itu dulu laaaa long time a go … … masih kah korang ingat…? (more…)
49 comments September 3, 2008

