Sassians8589: Gambar Masa Muda-muda
Nah gambar masa muda-muda dulu…..masa rambut korang masih lebat lagi dan perut masih maintain.

Geng Rumah Aminudin Baki.

Posing sebelum pergi kelas…kalau tak silap laa..

Macam mana Md Nor boleh sesat kat Aminudin Baki? Cari jambu kot!!
6 comments December 11, 2008
SALAM EIDUL ADHA

Assalamualaikum semua….
Aku nak ucapkan Salam Eidul Adha kepada semua…..semoga Allah merahmati kita dan menerima ibadat2 kita….
Dari Dubai,
Jober sekeluarga.
7 comments December 8, 2008
Sassians 8589 : Team Takraw U15 – 1987
Ni gambar pasukan takraw under 15, aku rasa tak menang apa apa pun. Kalau tak silap laa… Bersama Cikgu Sahrum( sekarang ni Dato’ Dr Mohamad Sahrum Osman MP Kuala Lipis,Pahang ) dan Ustaz Roni. Fesyen rambut tak kalah…..
4 comments November 25, 2008
Sassians 8589 : Tingkatan 4 Cita – 1988
Tingkatan 4 Cita Sekolah Alam Shah ( Origional ) Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, KL
Kelas budak-budak baik, cuma Amat dan Lanun kat belakang tu jee nampak lain macam sikit … Tapi jangan lupa kitaorang ada To’mat and Mamat Ghazali jugak…tak kalah dengan 4 Jaya. Haa…. haaa…..
8 comments November 24, 2008
Sassians 8589 : Tingkatan 2C – 1986
Tingkatan 2C – Sekolah Alam Shah ( Origional ) Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, KL
Korang boleh lihat perbezaan Form 1 dalam post sebelumnya dan Form 2 nii…… dah mula tumbuh ekor dan tanduk haaa….haaa….
12 comments November 24, 2008
Sassians 8589 : Tingkatan 1C – 1985
Tingkatan 1C 1985 Sekolah Alam Shah ( Origional ) Jalan Tenteram , Bandar Tun Razak, KL.
11 comments November 24, 2008
Tingkatan 4 Jaya 1988
25 comments November 8, 2008
Betul ke ni?
(By Jober, Dubai)
Salam semua….
Aku banyak jumpa benda ni di Dubai….baru hari tu sempat ambik gambar…..ni aku ambik kat pintu keluar Terminal 3, Dubai Airport…..

Fakhruddin Properties? Fakhruddin of Chuar, Kati ke?
3 comments November 2, 2008
Sassians8589: Dulu, Kini dan ……..
Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Minggu lepas semperna cuti hari Depavali aku balik kampung isteri aku kat Pekan, Pahang. Cuti tu pergi la rumah saudara-mara isteri aku buat kenduri kahwin. Aku ada contact Arif Ziegler, kerana sekarang nii dia ada kat Kuantan. Aku juga c.c email aku kat Ju Abdul Muarif dan Amat Jamal melalui Facebook tapi tak de respon. Ingatkan boleh laa jumpa 3,4 orang kat Kuantan tu. Tapi tak pe laa mungkin sibuk. Arif Ziegler respon dan aku jumpa member kita ni setelah lebih 18 tahun tak jumpa dan kalau selisih bahu sekarang nii sebenarnya aku dah tak kenal dah , alhamdullilah la blog ni mempertemukan member member lama kita .
Tempat : Starbucks Eastcoast Mall, Kuantan
Masa: 1.oo – 2.30 pm, 26 Oct 2008
Topik : Cerita kehidupan dulu dan sekarang , kayu balak, sarang burung, gaharu, dll.
Arif Ziegler, Anak ke 3 Arif dan Saharman.
11 comments October 28, 2008
Rumah Terbuka: Hari Raya, Biskut Raya & Duit Raya
Assalamualaikum Semua,
Selamat Menyambut Hari Raya Semua. Kepada member member yang bercadang untuk buat Rumah Terbuka tu boleh lah menghebahkan cadangan anda di sini.
Tolong hebah kan kepada member member kita yang belum tahu pasal blog kita nii…aku rasa ramai yang masih tak tahu dan kalau dah tahu pun tak aktif dalam melakukan post atau komen.

Sekian
Saharman Bin Ariffin
ps: Aku tak sangka Farin pun baru tahu pasal blog ni …kau sibuk monitor blog politik jee ke?
pps: Bahjat bila nak buat rumah terbuka lagi ? Dah lama aku tak pergi rumah terbuka kau tu…
10 comments October 8, 2008





