By Saharman
Assalamualaikum semua,
Di sini aku buat penerangan ringkas macam mana nak add gambar dalam blog WordPress ( ni untuk yang percuma … kalau hosting berbayar cara dia ada lain sikit laa ). Aku bahagi kan kepada 3 bahagian untuk senang faham.
1) Bahagian Edit Gambar guna Picnik
2)Bahagian upload ke Picoodle
3)Bahagian Add gambar ke blog
OK kita mulakan:
Bahagian 1 – Edit Gambar Guna Picnik ( Untuk resize gambar )
Untuk bahagian ini aku gunakan picnik.com dimana korang boleh edit gambar secara online percuma , fungsi dia lebih kurang sama dengan photoshop, tapi kalau korang ada photoshop tu guna laa photoshop.
Pertama: Pergi ke picnik.com dan klik “Get StartNow” dia akan ambil masa sikit untuk load page tu …terpulang pada kelajuan internet korang.
Kedua: Lepas tu dia akan paparkan “Home “page , disini korang tak perlu lah register, kalau nak register pun takpe , aku tak register pun.
Ketiga: Klik tab ” Photos” dan klik ” Get Photo” dia akan pop up window untuk korang cari gambar dalam file komputer korang tu… lepas tu pilih gambar mana yang korang nak add tu dan klik “open” . Dia akan ambil masa untuk uploadkan gambar tu.
Keempat: Lepas selesai upload tu , dia terus ke Page “Edit” untuk korang edit gambar tu. Dalam page tu ada macam macam fungsi edit yang boleh digunakan , korang boleh laa cuba sendiri tapi yang penting tu adalah “Resize” . Klik “Resize” dan pilih 450 dan dia akan autokan x 337, ini penting kerana gambar dari digital kamera kebanyakan 2.xx Mb dan terlampau besar untuk blog. lepas tu
Kelima : Klik ” Create” , dalam page ni ada macam macam fungsi jugak, pilih “Text” untuk add watermark. Pilih font yang korang nak dan taip dalam ruandan kotak tu dan “add”. Lepas tu edit “Text Properties” untuk size, Fade dan Colour ” dan Drag&Drop mana korang nak letak tulisan tu .
Ke enam: Lepas tu “Save & Share”, klik “Save Photo” dan save laa dalam komputer tu ..sebenarnya save kat mana mana korang suka laa tapi mau ingat laa senab lepas ni nak upload pulak.
Selesai: dah sudah edit gambar tu …kadang ada keluar pop up untuk korang register tuu… tak payah laa register …cukup guna fungsi percuma nii jee..
Bahagian 2 – Upload ke Picoodle.com( menyimpan gambar secara percuma , perlu untuk upload gambar)
Pertama: Pergi ke picoodle.com, aku dah create akaun seperti aku bagi tahu dalam email yang lepas : password dan log in id sama dengan password/login blog ni, jadi tak de masalah laa .
Kedua : Klik “Log in” di sebelah kana tu . Masukkan User: dan Password: ( sama dengan blog ni)
Ketiga: Klik ” Upload an Image” , lepas tu klik dalam kotak tu dan klik “Browse “ .Pilih laa gambar yang dah di edit tadi tu.
Ke empat: Klik “Upload” , dia ambil masa sikit untuk upload …
Selesai : Lepas tu gambar siap di upload , dan dia bagi banyak image link pada gambar tu… pilih yang last sekali ” Direct link to image URL of Image” . Copy link tu ” http://imgxx.picoodle.comxxxxxxx ” .
Aku tengok Rizal dah cuba upload satu gambar dia. Untuk entri ni aku guna gambar anak aku ( Ultraman Dyna) haaa… haaaa. Untuk view gambar tu boleh ke “MyPic” dan di situ pun boleh view code untuk add dalam blog.
Bahagian 3 – Add gambar dalam blog ni ( atau blog lain yang korang buat /post laa )
Pertama: Log in ke blog ni macam biasa.
Kedua: Ke Dashboard dan klik ” Write new Post” …tulis laa apa yang korang mau macam aku dah explain dalam post yang lepas tu .
Ke tiga: Untuk add gambat klik Icon gambar pokok warna hijau pada baris pertama dalam ruangan “post” tu, kalau korang point mouse ke icon tu ,dia akan keluar “Insert/edit image”
Ke empat:Bila klik icon tu , dia akan keluar window dan Paste kan URL code tadi dalam ” Image URL” , Image Description tu korang boleh tulis laa apa apa description, Allingment : Middle dan akhir sekali jangan lupa klik “insert”
Selesai : sekarang image dah di add ke blog
Contoh di bawah adalah gambar anak aku yang aku add untuk penerangan di atas.
Selamat mencuba….. aku harap penerangan ini mencukupi untuk memeriahkan lagi blog ni.
Adios..