Renungan Untuk Suami-Suami dan Bakal Suami

Baru-baru ni, aku terbaca satu artikel kat internet and aku rasa, patut share dengan semua kawan-kawan kita untuk renungan masa hadapan.

 

Aku setuju sangat-sangat dengan orang yang buat statement dalam artikel tu. Moga-moga jadi iktibar untuk kita semua. Cara ceritanya sangat sempoi tapi banyak maknanya. Aku rasa, kalau orang rumah dia baca, sure 200% orang rumah dia sejuk hati dpt suami  yang macam ni…

 

Here goes……

 

KAHWIN LAGI?.

 

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi…?!’ Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

 

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let’s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.

 

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.

 

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran … semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman  umur 20-an dulu … Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan .. Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

 

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama *Samsung Soul* , Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak  bagi ‘barang’ dia lak malam-malam.

 

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun  sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh … terkenang juga zaman ‘miskin’ dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

 

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan *TV Sony Bravia *40-inci mu itu… Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari… hari minggu pun kena cari duit … nak tengok bola pun tak dapat …Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.

 

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

 

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)

 

Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha … kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

 

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.

 

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I …… lagi haru …

 

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

 

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak  mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ….

 

Hish banyak lah lagi.

 

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

 

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam  seluar dalam je.

 

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut ,  salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. *

 

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.

 

Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

 

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.

 

 

Wallahualam.

suami orang-

 

Guess who?

By Jober.

Salams……

I was at the boarding hall of the DXB with Al-Amin (my fellow Malaysian Expat) enroute to Tehran……when this guy came and sat just a few meters from us…..Guess who he was? None other than the most wanted man in the Western world……Usamah (Osama) Bin Laden…….He looked so relaxed, as if there’s no price was put on his head………
Check out the photo that I managed to stealthily shoot of him using my powerful Sony Ericsson P1i smart-phone…..

 

 

 

Only in China…

Aku gi training kat Shanghai hari tu. 2 minggu lepak kat sana. Bosan ya amat. Halal food kira tak susah la nak cari sebab ada beberapa tempat makan halal dekat hotel aku lepak tu. Satu masa tu aku gi makan ngan 2 orang colleague aku. Order la nasi goreng lembu (portion dia besar giler untuk 1 orang makan) & satu dish ayam ni. Rasa macam kari sikit. Nak dijadikan cerita, tengah belek² ayam tu, terjumpa la satu benda yang begitu membuatkan aku terkezut. Hahahaha...Hahahaha...Hahahaha...

Tengok ah gambar ni.

Shanghai Chicken Head Curry