Sassians8589: Dulu, Kini dan ……..

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Minggu lepas semperna cuti hari Depavali aku balik kampung isteri aku kat Pekan, Pahang. Cuti tu pergi la rumah saudara-mara isteri aku buat kenduri kahwin. Aku ada contact Arif Ziegler, kerana sekarang nii dia ada kat Kuantan. Aku juga c.c email aku kat Ju Abdul Muarif dan Amat Jamal melalui Facebook tapi tak de respon. Ingatkan boleh laa jumpa 3,4 orang kat Kuantan tu. Tapi tak pe laa mungkin sibuk. Arif Ziegler respon dan aku jumpa member kita ni setelah lebih 18 tahun tak jumpa dan kalau selisih bahu sekarang nii sebenarnya aku dah tak kenal dah , alhamdullilah la blog ni mempertemukan member member lama kita .

Tempat : Starbucks Eastcoast Mall, Kuantan

Masa: 1.oo – 2.30 pm, 26 Oct 2008

Topik : Cerita kehidupan dulu dan sekarang , kayu balak, sarang burung, gaharu, dll.

Arif Ziegler, Anak ke 3 Arif dan Saharman.

Rumah Terbuka: Hari Raya, Biskut Raya & Duit Raya

Assalamualaikum Semua,

Selamat Menyambut Hari Raya Semua. Kepada member member yang bercadang untuk buat Rumah Terbuka tu boleh lah menghebahkan cadangan anda di sini.

Tolong hebah kan kepada member member kita yang belum tahu pasal blog kita nii…aku rasa ramai yang masih tak tahu dan kalau dah tahu pun tak aktif dalam melakukan post atau komen.

Sekian

Saharman Bin Ariffin

ps: Aku tak sangka Farin pun baru tahu pasal blog ni …kau sibuk monitor blog politik jee ke?

pps: Bahjat bila nak buat rumah terbuka lagi ? Dah lama aku tak pergi rumah terbuka kau tu…